12 September 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa persefahaman secara inklusif antara semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti demi memberikan prioriti utama kepada rakyat adalah satu transformasi politik matang di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya lagi semua ahli Kabinet telah mempersetujui secara konsensus bahawa perlunya kerajaan mengajak pembangkang bersama demi rakyat dan negara.
Menurut Annuar di dalam satu kenyataan media hari ini persefahaman sedemikian antara kerajaan dan pembangkang adalah agenda yang akan membawa satu makna yang amat besar kepada negara, khasnya rakyat, dan sekaligus akan membawa impak yang besar dengan segala pembaharuan yang akan diperkenalkan kelak.
“Ia merupakan satu permulaan, namun saya berkeyakinan kerajaan hari ini mempunyai keazaman politik untuk membawa transformasi politik di mana wakil-wakil rakyat bersama untuk menyelesaikan isu-isu rakyat demi kelangsungan hidup.
Sudah tentu, persefahaman sebegini akan mengubah lanskap politik negara daripada bersifat konfrontasi yang tidak terlalu partisan kepada kebekerjasamaan dan permuafakatan antara semua wakil rakyat demi rakyat.
Di dalam situasi peralihan negara dalam Pelan Pemulihan Negara dari fasa pandemik ke fasa endemik, Kerajaan sekarang merasakan amat perlu kita berjiwa besar untuk mengajak semua Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama memainkan peranan membantu rakyat yang sedang dibelenggu krisis kesihatan dan krisis ekonomi.” kata Annuar.
Tambah Annuar Kerajaan meletakkan rakyat sebagai prioriti yang paling utama dan bertegas mengenepikan “politicking” untuk kesejahteraan semua tanpa mengira fahaman politik. Ia adalah seiring dengan konsep Keluarga Malaysia dengan nilai-nilai murni dan kerukunan yang objektifnya adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk membina semula negara.
“Saya juga mengalu-alukan kecenderungan para pembangkang untuk menyambut seruan kerajaan untuk bersama dalam persefahaman ini demi rakyat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua-ketua parti Pakatan Harapan di dalam satu kenyataan media pada September 11.
Saya berharap kecenderungan ini dapat diterjemahkan menjadi realiti secepat mungkin, supaya Keluarga Malaysia tidak lagi dibelenggu kesan dari “endless politicking” dan rakyat dapat memfokuskan segalanya untuk kelangsungan hidup dan menjana ekonomi.” ujar Annuar.
Sumber foto : RTM
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment