Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Vaksin, MOSTI Mahu Lahirkan Ramai Pakar

143

4 September 2021 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berusaha membangunkan vaksin COVID-19 dan vaksin- vaksin lain yang berkaitan dengan penyakit-penyakit tropika.

Jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata usaha ini akan melahirkan lebih ramai pakar dalam pembangunan vaksin, dan saintis dalam penyelidikan.

“MOSTI akan memberi tumpuan ke arah mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi disruptif yang menjadi nadi utama bagi kelangsungan sistem ekonomi permulaan (start-up), pembiayaan dan pembangunan bakat bagi memangkin pembangunan sosial dan ekonomi negara.

“Di samping memacu agenda kelestarian negara selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals atau SDG),” katanya dalam satu kenyaatan media.

Jelasnya, penekanan akan turut diberikan kepada pembangunan innopreneur iaitu melahirkan usahawan berlandaskan inovasi dalam kalangan B40 dan M40.

“Ia menjadikan produk inovasi dan ekonomi digital sebagai sumber penjanaan pendapatan untuk mereka mempertingkatkan kualiti kehidupan dalam mengharungi pandemik COVID-19.

“MOSTI akan terus menerajui bidang teknologi baru muncul (emerging technologies) antaranya dron, elektrik dan elektronik, Internet Kebendaan (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), blok rantai (blockchain), ruang simpanan awan (cloud storage), robotik, serta inovasi dengan pendekatan yang berpusatkan manusia (human-centric innovation),” jelasnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *