3 September 2021- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyediakan pakej pelancongan yang lebih menarik buat seluruh Keluarga Malaysia sebagai menghargai sokongan dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik apabila kebenaran diberikan kelak.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, Inisiatif berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Kementerian dalam mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan.
“MOTAC juga telah menyediakan SOP khusus bagi tujuan projek rintis pelancongan di Langkawi dan ianya sedang diteliti oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.
“Pembukaan semula sektor pelancongan Langkawi ini akan membenarkan aktiviti-aktiviti utama yang menjadi tarikan pengunjung bakal diumumkan secara lebih terperinci tertakluk kepada perubahan semasa,” katanya.
Ujarnya, hasil perkembangan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik serta pematuhan terhadap SOP norma baharu di Langkawi akan dijadikan kayu ukur sebagai persediaan rapi bagi pembukaan pulau-pulau peranginan yang lain secara berperingkat umpamanya Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Rawa, Pulau Perhentian, Pulau Sipadan.
“Selepas pembukaan pulau-pulau peranginan ini, akan dikembangkan ke destinasi-destinasi pelancongan utama yang lain seperti Bukit Fraser, Desaru, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan sebagainya,” jelasnya.
MOTAC akan sentiasa membuat pemantauan dan mengadakan beberapa lagi sesi libat urus dengan para penggiat industri pelancongan serta stakeholders yang berkaitan bagi meluaskan gelembung pelancongan ini secara berfasa selepas ini.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment