Kenyataan Media

Langkah Transformasi Parlimen, Dewan Negara, Rakyat Ditambah Baik

69

3 September 2021 – Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan memberi tumpuan kepada agenda penambahbaikan adalah pindaan kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) serta mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.

Menerusi satu kenyataan bersama, ianya bagi memastikan konsep pengasingan kuasa benar-benar dihayati, dihormati dan diamalkan agar kewibawaan Parlimen selaku badan legislatif tertinggi negara diperkasakakan.

“Cadangan kepada langkah transformasi Parlimen ini adalah hak Parlimen dan akan digerakkan secepat mungkin sebelum diangkat kepada Kabinet untuk dinilai dan diluluskan.

“Peraturan Mesyuarat bagi kedua-dua iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat akan ditambah baik, meliputi aspek perjalanan mesyuarat, disiplin ahli serta bagi memperkuatkan jawatankuasa- jawatankuasa pilihan yang telah dan bakal dibentuk,” katanya.

Mengulas lanjut, kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat berbesar hati dengan komitmen serta buah fikiran yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar demi memastikan agenda penambahbaikan tersebut dapat dijadikan kenyataan.

“Kami kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat amat menyambut baik dan akan memberikan sokongan padu langkah transformasi dan reformasi Parlimen.

“Ianya untuk mendaulatkan demokrasi berparlimen dan prinsip pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan perundangan negara dapat berfungsi dengan sebenarnya dan terus kekal terpelihara,” ujarnya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...