AMEkonomi @ My LNA

KKR Fokus Peningkatan Infra Rakyat – Fadillah Yusof

190

2 September – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan semua projek dapat dilaksanakan segera dan memudah cara proses pelaksanaannya demi memulihkan ekonomi secepat mungkin.

Menteri Kanan dan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, bagi tujuan tersebut indeks prestasi utama (KPI) akan ditetapkan oleh pengurusan KKR selain sasaran dan program yang hendak dilaksanakan seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri.

“Ia juga meliputi sasaran untuk jangka pendek dan jangka panjang berorientasikan pencapaian keberhasilan, bagi membuktikan pencapaian awal 100 hari pertama seperti ditetapkan”, ujar Fadilah dalam kenyataan media hari ini.

KKR dan agensinya tambah Fadillah perlu peka dengan keperluan semasa dalam bekerja bersama rakyat.

“Contohnya, memfokuskan kepada peningkatan infra rakyat dari segi jaringan keterhubungan (connectivity) dan juga keselesaan serta keselamatan.

“Justeru tumpuan akan terus diberikan kepada projek seperti Pan Borneo Sarawak dan Pan Borneo Sabah serta Central Spine Road (CSR), selain projek-projek jalan lain yang berada di bawah bidang kuasa KKR”, ujar beliau lagi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...