28 Ogos 2021- Ketua Biro Hal Ehwal Luar Negara Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Tariq Ismail Mustafa menyeru agar anggota masyarakat antarabangsa dan organisasi bantuan antarabangsa meneruskan usaha luar biasa mereka dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Jelasnya, bantuan ini diberikan terutama wanita dan kanak-kanak untuk memastikan bahawa keadaan kemanusiaan di Afghanistan tidak bertambah buruk di tengah-tengah pergolakan politik.
“Serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, juga membuktikan bahawa situasi di Afghanistan adalah kompleks dan jalan menuju perdamaian penuh dengan cabaran.
“Walaupun begitu, kami berharap agar pihak Taliban dan mana-mana pihak yang memegang tampuk kepimpinan dapat mencari jalan penyelesaian menuju perdamaian di tengah-tengah kebuntuan politik mereka, dan mereka akan mencapai kata sepakat dari semua puak bagi kebaikan Afghanistan dan kestabilan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, PEJUANG juga sedia maklum kecaman antarabangsa terhadap pihak Taliban berkenaan rekod hak asasi mereka, terutamanya perlakuan mereka terhadap wanita dan kanak-kanak.
“Namun, kami yakin bahawa pihak Taliban dan mana-mana pihak yang memegang tampuk kepimpinan kini akan menegakkan ajaran Islam yang sebenar agar secara tak langsung dapat meningkatkan reputasi mereka mengenai hak asasi manusia,” katanya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment