26 Ogos 2021- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus memainkan peranan dalam mempromosikan Program MM2H melalui penglibatan Tourism Malaysia dalam memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi inap jangka panjang terutama kepada pesara-pesara dan personaliti berpendapatan tinggi.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, MOTAC melalui Pusat Program Malaysia My Second Home (MM2H) akan mengendalikan urusan berkaitan peserta sedia ada sehingga 15 September 2021.
“Segala permohonan baharu akan diproses serta dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mulai Oktober 2021, setelah semua proses berkaitan perundangan selesa.
“Selepas tempoh tersebut, segala urusan berkaitan perkhidmatan pemprosesan permohonan sedia ada dan logistik akan diambil alih sepenuhnya oleh pihak JIM,” katanya.
Ujarnya, MOTAC menyokong penuh Program MM2H diteruskan agar ianya dapat menjana ekonomi negara di samping mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut sila layari laman sesawang https://www.imi.gov.my/ atau talian 03-8880 1555 / 1556.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment