Ekonomi @ My LNAKenyataan Media

CIDB Benarkan Syarikat Perunding Beroperasi

284

25 Ogos 2021 Kerajaan hari ini membenarkan syarikat-syarikat perunding sektor pembinaan beroperasi semula bermula 24 Ogos 2021.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kenyataan media memaklumkan syarikat perkhidmatan perunding sektor pembinaan yang dibenarkan untuk beroperasi meliputi arkitek, jurutera, juruukur bahan dan perkhidmatan- perkhidmatan lain yang berkaitan.

“Permohonan untuk beroperasi hanya diperlukan bagi kawasan-kawasan di bawah PPN Fasa 1 dan Fasa 2 sahaja dan harus mematuhi Prosedur Operasi  Standard (SOP) yang telah ditetapkan selain syarat dan peraturan yang berkuatkuasa.

CIDB memaklumkan syarikat-syarikat perunding boleh memohon kebenaran beroperasi menerusi Sistem CIMS MITI di https://notification.miti.gov.my/, di bawah Kluster Pembinaan, dengan memilih salah satu sektor yang disenaraikan.

Sektor tersebut meliputi sektor 27: Perkhidmatan professional/ perunding yang berkaitan dengan kerja- kerja yang dibenarkan, sektor 32: Operasi Pejabat dan sektor 33: Lain-lain kerja/aktiviti pembinaan yang tidak tersenarai di dalam Sektor 1 – 32. Sektor ini dibenarkan beroperasi berdasarkan pengisytiharan kadar vaksinasi pekerja

“CIDB ingin mengingatkan semua penggiat industri yang telah mendapat kelulusan beroperasi supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.

“CIDB mempunyai kuasa untuk menutup tapak pembinaan yang didapati melanggar peruntukan Akta 520 atau mana- mana undang-undang bertulis yang lain termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990).

SOP PPN Sektor Pembinaan terkini boleh didapati di laman web CIDB Malaysia, https://www.cidb.gov.my/ atau boleh hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...