23 Ogos 2021 – Istiadat pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-14 semalam berlangsung secara ringkas dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Majlis tersebut berlangsung secara penuh istiadat , namun diringkaskan dengan kehadiran sekitar 200 orang berbanding 500 orang pada persidangan DUN biasa sebelum ini , bagi mengelak terlalu ramai orang berkumpul.
Semua ahli dewan undangan negeri , pegawai-pegawai pengiring, petugas-petugas dewan, serta media dijawibkan membuat saringan Covid-19 sebelum menghadiri persidangan tersebut.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan berangkat dan mencemar duli bagi merasmikan istiadat pembukaan tersebut yang turut disertai oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Dalam teks titah ucapan baginda, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila melihat kesan Covid-19 yang melanda khususnya di negeri Selangor yang merekodkan jumlah pasakit dan kematian paling tinggi di Malaysia.
Dalam situasi pandemik yang berlarutan ini, Baginda juga turut mengingatkan semua ahli politik agar menghentikan segala kemelut politik dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada masalah serta keluhan rakyat dan berusaha untuk menangani wabak Covid19.
Baginda turut menzahirkan rasa sedih apabila menyentuh isu amalan rasuah yang masih berlaku dalam kalangan ahli politik serta penjawat awam di negeri itu, walaupun sudah berkali-kali diberi peringatan.
Baginda menitahkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar terus menjalankan siasatan menyeluruh untuk membersihkan Selangor daripada amalan yang tidak berintegriti itu.
Sebelum mengakhiri titah ucapan, Baginda turut tidak lupa menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih atas segala pengorbanan dan komitmen yang telah diberikan oleh barisan hadapan kesihatan negara dalam mendepani isu Covid-19 sehingga hari ini.
DUN Selangor akan bersidang selama sembilan hari bermula 23 Ogos sehingga 6 September depan.
Kredit Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor
Wartawan : Sharil
Juruvideo / Penerbit : Azuddin
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment