23 Ogos 2021- Konsep ‘Keluarga Malaysia adalah cerminan sebenar negara kita dan diharap akan mengukuhkan perpaduan serta tekad seluruh rakyat untuk sama-sama menggembleng tenaga dan fikiran bagi memacu pertumbuhan Malaysia dan memperkasa kesejahteraan rakyat ujar Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Ujarnya, konsep yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menepati matlamat BN yang meletakkan perpaduan dan keharmonian sebagai asas negara Malaysia.
“Ucapan sulung Perdana Menteri itu, amat bertepatan dan diharapkan menjadi penyatu seluruh warga dalam menghadapi kemelut negara ketika ini.
“BN yakin, komitmen Perdana Menteri menjadi neraca yang baik untuk beliau memulakan langkahnya dalam menerajui pentadbiran negara di tengah-tengah cabaran pandemik Covid-19, kesuraman ekonomi dan kesukaran kehidupan sosial.
Mengulas lanjut, BN akan terus memberikan komitmen mempertahankan kestabilan politik negara dan bersama-sama Perdana Menteri mengharungi cabaran semasa negara.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment