Kenyataan Media

13 Lokasi PPV Walk-In Untuk Rakyat Malaysia

140

22 Ogos 2021 – Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini mengumumkan 13 lokasi Pusat Pemberian Vaksin di Lembah Klang akan dibuka untuk rakyat Malaysia hadir secara walk-in.

CITF dalam kenyataan media memaklumkan pusat-pusat tersebut yang dibuka bermula 23 Ogos ini adalah di KL Convention Centre (KLCC) – HCO F, G dan H 2, Axiata Arena Bukit Jalil – A, B, Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B 4, Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Hotel Wyndham Acmar Klang, Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Stadium Tertutup Kuala Selangor, Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam, Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Manakala  PPV di Le Pavilion Gamuda Garden, Gombak 11. Bukit Beruntung Golf Resort akan bermula 25 Ogos ini dan Galaxy Mall Ampang dan Universiti Multimedia, Cyberjaya akan bermula pada 26 Ogos ini.

“Bagi individu yang terlepas suntikan dos kedua boleh pergi ke mana-mana PPV yang disenaraikan di atas yang berhampiran dengan kediaman.

“Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin dari jenis yang sama dengan dos 1 mereka, mereka akan dirujuk ke PPV yang lain.

CITF juga memaklumkan kaedah hadir yang pertama akan diberikan keutamaan bergantung kepada kapasiti bekalan di PPV di atas.

“Sekiranya vaksin telah habis di PPV tersebut, individu tersebut akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin pada keesokkan harinya. 

“Setiap warganegara yang walk-in ke PPV seperti yang disenaraikan perlu membuktikan bahawa mereka adalah pemastautin di Lembah Klang, dengan membawa surat atau dokumen yang berkenaan seperti kad kerja, bil utiliti atau sebarang dokumen lain yang berkaitan”, ujar CITF lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...