AM

Polis Siasat Ustaz Ebit Liew

377

19 Ogos 2021 – Polis hari ini memanggil Ebit Irawan Ibrahim Liew atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Ebit Liew bagi dirakam keterangan percakapan susulan tular video yang mengaitkan beliau dengan kes gangguan seksual.

Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233, Akta Komunikasi Multimedia Malaysia.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini ke Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

“PDRM memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus.

Abdul Jalil juga menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...