Kenyataan MediaParlimen @ My LNA

Transformasi Parlimen Selaras Akta Majlis Parlimen 1952

79

19 Ogos 2021 – Parlimen Malaysia bakal ditransformasikan selaras dengan peranan sebagai dewan tertinggi legislatif negara.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, bagi tujuan tersebut Undang-undang 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 akan diperhalusi, diperkemas dan diperkukuhkan kembali peranannya.

Beliau berkata, aspek tersebut tidak hanya keistimewaan Dewan dan anggotanya, tetapi juga meliputi struktur serta organisasi pentadbiran Parlimen agar kedudukannya lebih dihormati.

Rais hari ini mempengerusikan Senat Obor Baharu Parlimen Malaysia yang disertai oleh ahli-ahli Dewan Negara secara maya.

“Pada masa yang sama, sejajar konsep pengasingan kuasa dan demi memastikan mekanisme itu benar-benar berfungsi dengan baik khususnya bagi maksud semak dan imbang, Parlimen sebagai badan Legislatif tidak boleh berada di bawah pengawasan Eksekutif kecuali hal-hal yang berkaitan dengan rundingan kewangan.

“Selain itu, beberapa jawatankuasa yang ada kuasa undang-undang, terutamanya Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan Jawatankuasa Pilihan Khas Sosio Budaya, Komunikasi dan Pendidikan akan diteraskan peranannya agar lebih terkehadapan dalam isu-isu yang membelenggu rakyat bagi memastikan tindakan serta penyelesaian segera dilunaskan pihak berwajib iaitu kerajaan”, ujar beliau dalam kenyataan media.

Rais memaklumkan langkah transformasi ini akan disembah maklum laporannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga kepada kerajaan yang memerintah.

Ujarnya, usaha bagi mentransformasikan Parlimen di bawah kerangka legislatif negara untuk kepentingan Dewan Negara dan Dewan Rakyat agar institusi ini benar-benar diangkat daulatnya sebagai badan penggubal undang-undang tertinggi negara.

Selain itu, Rais menegaskan ia sebahagian perjuangan legislatif Malaysia agar institusi ini tidak cuba diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Sekatan perjalanan oleh LHDNM bukan bertujuan nafikan hak sesiapa untuk bergerak

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)...

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...