Ekonomi @ My LNA

Sektor Pembuatan dibenarkan beroperasi berdasarkan kadar vaksinasi lengkap pekerja

70

15 Ogos 2021 – Selaras dengan keputusan Kerajaan memberikan kelonggaran kepada penduduk Malaysia yang telah mendapatkan vaksin lengkap (dua dos vaksin) untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu termasuk dalam sektor ekonomi, syarikat-syarikat sektor Pembuatan yang tidak disenaraikan dalam sektor perkhidmatan perlu di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2 dibenarkan beroperasi pada kadar kapasiti berdasarkan tahap peratusan pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap. Manakala syarikat-syarikat sektor Pembuatan yang disenaraikan dalam sektor perkhidmatan perlu di kawasan PPN Fasa 1, 2 dan 3 pula dibenarkan untuk meningkatkan kapasiti berdasarkan tahap peratusan pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, keputusan ini berkuatkuasa pada 16 Ogos 2021. Kapasiti operasi bagi syarikat sektor pembuatan adalah seperti berikut:

i. 40% – 59% pekerja vaksinasi lengkap – Dibenarkan beroperasi pada kapasiti 60%;
ii. 60% – 79% pekerja vaksinasi lengkap – Dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80%; dan
iii. 80% – 100% pekerja vaksinasi lengkap – Dibenarkan beroperasi pada kapasiti 100%.

“Syarikat perlu membuat pengisytiharan kadar vaksinasi lengkap pekerja yang sebenar di sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0. Selepas pengisytiharan, syarikat boleh secara terus memuat turun surat kelulusan beroperasi yang baharu. Akses ke CIMS 3.0 untuk pengisytiharan ini adalah terhad kepada sektor pembuatan sahaja.

Pengesahan mengenai kadar vaksinasi pekerja akan dibuat melalui semakan dengan pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Lawatan verifikasi secara berkala turut akan dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa ke atas syarikat-syarikat sektor pembuatan.” kata MITI.

Jelas MITI Lagi, sebagai tambahan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada, syarikat-syarikat adalah diwajibkan untuk melaksanakan Ujian RTK Antigen sepertimana yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kaedah ujian kendiri atau di fasiliti kesihatan setiap dua minggu bagi pekerja yang hadir ke premis sebagai langkah proaktif untuk mengekang penularan COVID-19 di kalangan pekerja.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai operasi syarikat di dalam sektor pembuatan, orang ramai boleh menghubungi 03-6208 4949 atau melayari www.miti.gov.my. Maklumat operasi bagi sektor-sektor ekonomi yang lain perlu dirujuk kepada Kementerian / Agensi yang menyelia sektor masing-masing.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...