11 Ogos 2021 – Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus mengeluarkan perancangan masa depan pendidikan negara secara terperinci bagi menghadapi pasca COVID-19.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata dalam situasi angka harian COVID-19 berserta angka kematian yang semakin membimbangkan memerlukan pihak KPM untuk mengeluarkan perancangan meliputi garis panduan, kayu ukur yang membolehkan sekolah dibuka secara bertahap.
“Adalah menjadi tanggungjawab pihak KPM untuk bersedia dengan perancangan rapi terutama bagi mendapat kepercayaan ibu bapa dan guru sebelum sesi persekolahan dibuka” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
“ABIM mengambil contoh amalan di negara luar yang menjadikan beberapa petunjuk sebagai kayu ukur antaranya termasuklah kadar vaksinasi, jumlah kes kematian dan jangkitan harian, statistik penggunaan katil hospital, serta kajian tentang kehadiran varian baharu sebelum sesuatu negara mengambil keputusan untuk melonggarkan sebarang kawalan”.
“Pihak KPM harus memastikan seluruh warga sekolah termasuk pengusaha kantin, pemandu bas dan ekosistem persekolahan diberikan keutamaan dan dipastikan mendapat dua dos penuh vaksin” katanya.
Tambah beliau, penutupan sekolah (secara bersemuka) melebihi 35 minggu pada tahun 2020 dan mencecah lebih 20 minggu sehingga hari ini untuk tahun 2021 pasti memberi kesan besar kepada perjalanan pembelajaran anak murid.
“ABIM menegaskan bahawa terdapat keperluan untuk pihak KPM menyediakan satu perancangan dan dasar untuk pendidikan kebangsaan pasca COVID-19” ujarnya.
- Unveiling TechEdge Dynamics, The Growth Studio for Consistent Business Success
- ALCO HOLDINGS (00328) announce the launch of four strategic mechanisms to foster employee collaboration and enhance team cohesion.
- SIBUR receives highest-category ESG rating from China’s largest rating agency
- GC Ranked No. 1 in DJSI Chemicals Business Sector for Six Consecutive Years, Becoming the First and Only Company Worldwide to Achieve This, Reaffirming Its role as a Global Model For Sustainability
- VT Markets Innovates Trading at the Hong Kong Traders Fair
Leave a comment