12 Ogos 2021 – Tidak timbul isu pelakon veteran dibayar dengan harga yang rendah jika mendapat persetujuan antara pihak pelakon dan penerbit drama/filem kata pelakon veteran, Shaharudin Thamby.
Ujarnya, ianya terpulang kepada pelakon tersebut untuk menerima jumlah bayaran yang ditawarkan oleh pihak produksi.
“Bayaran berpandukan pada watak, contoh berapa hari dia ‘shooting’ dan berapa hari dia perlu berada di lokasi dan ada artis dibayar ikut hari contohnya RM1,000 satu hari ataupun RM500 satu hari.
“Ada yang dibayar mengikut pada episod terpulang kepada perbincangan pelakon dan penerbit tersebut, contoh untuk 13 episod penerbit membayar sebanyak RM10,000 tetapi mungkin pelakon meminta jumlah yang tinggi sedikit, maka akan ada perbincangan di situ,” katanya ketika ditemui dalam program Bakul Makanan kepada 50 artis veteran anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) di Desa Melawati.
Mengulas lanjut, beliau mengatakan penerbit tidak memaksa dan memberikan bayaran mengikut kesesuaian dan kemampuan.
“Jika pelakon itu ‘demand’ harga yang lebih tinggi, mungkin ada timbang rasa dan persetujuan.
“Bukan semua artis dibayar sedikit dan ini ikut kepada jadual berapa lama mereka berada di lokasi dan pembabitan episod,” katanya.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang