AM

Tindakan Tegas Terhadap Penganjur Perhimpunan – KPN

169

7 Ogos 2021 – Polis mengambil maklum terdapat pihak yang merancang mengadakan perhimpunan jalanan pada 21 Ogos ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil menganjurkan sebarang perhimpunan.

Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tindakan pihak yang menganjurkan perhimpunan adalah tidak bertanggungjawab dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau menambah perbuatan sedemikian membelakangkan keselamatan kesihatan dalam senario semasa penularan wabak Covid-19.

“PDRM meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta SOP yang sedang berkuatkuasa demi keselamatan kesihatan umum”, ujar Acryl Sani dalam kenyataan media hari ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...