31 Julai 2021 – Dua kaedah pelaksanaan vaksinasi buat penduduk kawasan Lembah Klang dalam usaha menyeluruh menerusi pemberian vaksinasi secara ‘walk in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih dan melalui program jangkauan (out reach programme) bermula 2 Ogos ini.
Jelas Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF), ini merupakan salah satu usaha untuk memberikan perlindungan kepada penduduk di Lembah Klang.
“Usaha ini diteruskan dengan tumpuan kepada mereka yang telah tercicir untuk divaksinasi melalui inisiatif yang menyeluruh (mop-up) serta memberikan peluang mereka yang tidak berdaftar dan tiada janji temu untuk menerima suntikan vaksin.
“CITF juga ingin mengingatkan bahawa walk-in hanyalah untuk penduduk di Lembah Klang dan individu yang telah mendapat janji temu adalah tidak dibenarkan untuk walk-in,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.
Ujarnya, sasaran CIFT adalah untuk memastikan kesemua 6.1 juta individu yang berdaftar diberikan janji temu menjelang Ogos.
“Individu walk-in yang mempunyai dokumen pengenalan sah akan didaftarkan terlebih dahulu dalam sistem MySejahtera di kaunter pendaftaran di PPV sebelum divaksinasi.
“Golongan ibu hamil tidak perlu untuk walk-in bagi mendapatkan vaksinasi, sebaliknya janji temu mereka akan diberikan melalui MySejahtera,” katanya.
Bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos 2021 dikhususkan untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan komorbid di Lembah Klang manakala 5 Ogos hingga 22 Ogos 2021 buat semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my/ppv/.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment