AMPolitik @ My LNA

Polis siasat perhimpunan “Keluar dan #Lawan”

86

1 Ogos 2021 – Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani bin Abdullah Sani memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lebih daripada 20 laporan polis di seluruh negara daripada orang ramai bagi membantah penganjuran perhimpunan “KELUAR DAN #LAWAN” yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Acryl Sani berkata PDRM telah beberapa kali memberi peringatan supaya semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi keselamatan orang ramai serta menyatakan pendirian bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang sengaja melanggar SOP.

“Oleh yang demikian, sikap penganjur dan peserta yang berdegil untuk mengadakan perhimpunan walaupun telah diberikan nasihat agar mengutamakan keselamatan kesihatan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab, lebih-lebih lagi dalam situasi semasa ketika penularan wabak COVID-19 yang memerlukan kerjasama semua untuk dibendung.

Pemantauan PDRM semasa perhimpunan berkenaan telah mengesan insiden-insiden di mana penganjur dan peserta perhimpunan secara jelas, telah melanggar syarat-syarat SOP PPN serta peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa.” katanya.

Tambah beliau, pihak polis telah memulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan di bawah peruntukan Akta 342 dan akta-akta lain yang relevan.

“Setakat ini, 29 individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan, manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video dan gambar. kesemua individu yang terlibat diminta memberikan kerjasama dalam siasatan penganjuran perhimpunan tersebut.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...