30 Julai 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini menegaskan Jemaah Menteri harus dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran prinsip Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, dalam kenyataannya turut memetik Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan prinsip kebertanggungjawaban bersama atau “collective responsibility” di mana seluruh ahli Jemaah Menteri wajib bertanggungjawab bersama atas segala keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan khususnya kepada Parlimen.
“Menurut doktrin Ministerial Responsibility, terdapat beberapa prinsip “Duty to act with unanimity” yang bermaksud seluruh anggota Jemaah Menteri bertindak sebagai satu suara kepada warga awam, Parlimen serta Yang di-Pertuan Agong”.
“ABIM menegaskan tindakan kerajaan yang menghina institusi Istana, Dewan Rakyat, dan seluruh warga Malaysia yang menjunjung prinsip Rukunegara sebagai teras dalam amalan bernegara, adalah tindakan seluruh anggota Jemaah Menteri”.
Menerusi kenyataan tersebut, ABIM turut menggesa Perdana Menteri supaya berundur dan Jemaah Menteri mengambil tanggungjawab ke atas pelanggaran prinsip Perlembagaan Persekutuan untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakyat.
“Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah di atas kenyataan tegas Istana Negara berhubung pelanggaran peruntukan Undang-Undang, Perlembagaan Persekutuan serta Institusi Istana oleh kerajaan Perikatan Nasional dalam pengendalian Ordinan Darurat yang kini menjadi isu besar dalam sidang parlimen”.
“Seluruh rakyat harus mencermati penegasan Istana Negara ini sebagai suatu yang secara jelas telah mengabsahkan bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin mengabaikan prinsip demokrasi berparlimen dan tidak menghormati sistem Raja Berperlembagaan”, ujar Faisal lagi.
- Join the PQ.Hosting Affiliate and Reseller Programs for Increased Revenue and Client Growth
- KFSHRC Introduces Pioneering Virtual Pathology Services in Madinah
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
Leave a comment