24 Julai 2021 – Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 merupakan pelan yang menggariskan hala tuju ke arah memantapkan peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak ujar Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Jelasnya, ianya salah satu inisiatif membentuk kemenjadian murid yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, mempunyai semangat cintakan negara serta memiliki akhlak yang mulia.
“Pelan ini merangkumi usaha penambahbaikan secara menyeluruh meliputi aspek kurikulum, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Tabika Perpaduan dan jalinan kerjasama bersama komuniti.
“Ini bertujuan memastikan semua murid berpeluang menerima pendidikan yang berkualiti dan menepati matlamat penubuhannya sebagai tapak integrasi untuk menyemai dan memupuk semangat perpaduan,”katanya dalam Majlis Pelancaran Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 secara maya di laman Facebook Kementerian Perpaduan Negara hari ini.
Mengulas lanjut, pelan ini dilakukan berteraskan cita-cita dan prinsip Rukun Negara dan selari dengan aspirasi Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan(Blueperint) Perpaduan Negara 2021-2030.
“Pelan ini dibangun dibangun berteraskan Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK) memberi fokus kepada penghayatan Pendidikan Rukun Negara dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid.
“Menggariskan enam teras dan14 strategi merangkumi pemantapan dan pengukuhan yang menyeluruh dari aspek kurikulum,),guru tabika perpaduan,tadbir urus,jalinan kerjasama dan sistem pemantauan,”katanya.
- Budge Huskey Ranked No. 50 On Swanepoel Power 200 List Of Most Influential Leaders in The Real Estate Industry
- Cavli Wireless Introduces the CQM205 5GNR Cellular IoT Module to Reinvent High Bandwidth Connected Solutions
- CHITA Rings in the New Year with a Refreshed Brand Identity and Renewed Commitment to Affordable Style
- DemandScience Appoints Cisco CMO to Board of Directors
- Lingokids Partners with Moonbug Entertainment to Bring Beloved Blippi Characters to the Leading Early Learning App
Leave a comment