AMMuzik & Hiburan @ My LNA

Filem Kenegaraan Ke Peringkat Antarabangsa – Saifuddin Abdullah

161

23 Julai – Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi agensi di bawahnya iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merancang untuk menghasilkan filem-filem kenegaraan berkualiti tinggi yang boleh dipasarkan serta diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam Anugerah Filem Antarabangsa Oscar.

Menterinya, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, bagi tujuan tersebut KKMM bercadang memperkenalkan program “Road To Oscar” tanpa menggunakan peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD) Filem di bawah FINAS.

Beliau menambah, sebaliknya perancangan tersebut akan diperhalusi dengan teliti serta mengambil kira penerbit filem tempatan yang mampu menggunakan dana tersebut dalam menghasilkan filem berkualiti yang boleh dicalonkan bagi anugerah filem antarabangsa tersebut.

“Dana “Road To OSCAR” akan disediakan dan diumumkan kemudiaan memandangkan ia meliputi pelbagai perbelanjaan seperti perhubungan awam dan pemasaran”, ujarnya.

Saifuddin berkata demikian menerusi sidang media secara dalam talian setelah beramah mesra dengan penerima Dana Kandungan Digital (Filem, Program TV, dan Mikro Prisma) di sini hari ini.

Sebelum ini, penerbit-penerbit filem tempatan telah berjaya menghasilkan filem kenegaraan berkualiti tinggi seperti Kanang Anak Langkau, PASKAL, Lee Chong Wei yang menggunakan peruntukan di bawah dana tersebut.

Dalam sesi tersebut yang turut dihadiri oleh penerbitan filem dan drama tempatan, beliau turut mengumumkan skop tema baharu iaitu peristiwa dan sastera yang meliputi pengkisahan peristiwa penting dan adaptasi karya dan naskah sastera seperti buku, novel atau cerpen yang berkualiti.

Saifuddin menambah, menerusi dana tersebut, kementerianya komited dalam memastikan kelangsungan dan kelestarian para penggiat industri kreatif negara mendepani impak pandemik Covid-19 menerusi PEMULIH.

“PEMULIH adalah berteraskan 13 inisiatif utama digariskan jabatan dana agensi kerajaan. Peruntukan tersebut meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran, caruman perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta perolehan produk bagi produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu”, ujar beliau.

Selain itu, sektor industri kreatif juga akan menyediakan kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan berjumlah RM 100 juta kepada lebih 8,000 penggiat seni melibatkan agensi KKMM.

Bagi PRISMA pula, Saifuddin memaklumkan penyediaan peruntukan sebanyak RM 89.2juta akan memanfaatkan 9,000 penggiat seni serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada 40,000 orang yang terlibat secara langsung dalam industri ini.

“FINAS juga telah melaksanakan inisiatif Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) yang bertujuan membantu memperkasakan semula industri kreatif , memperbanyakkan pemilikan hak cipta kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan di masa hadapan serta menjana semula ekonomi industri kreatif tanah air melalui kerjasama dengan pihak swasta melibatkan stesen televisyen dan penyiaran tempatan”, ujar beliau lagi.

Saifuddin turut memaklumkan pihaknya sedang berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melonggarkan kebenaran kepada lebih banyak sektor industri kreatif meliputi perfileman dan produksi dalam studio.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...