20 JULAI 2021 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri RIna Mohd Harun memaklumkan bahawa pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil inisiatif menyediakan tiga (3) talian tambahan untuk meningkatkan akses dan capaian permohonan Bakul Prihatin Negara yang bermula hari ini.
Menuirut Rina di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, tiga (3) talian tambahan tersebut adalah 03-8323 2176, 03-8323 2177 dan 03-8323 2178.
“Selain daripada penyediaan tiga (3) talian tambahan ini, KPWKM turut menyediakan medium permohonan alternatif melalui penggunaan Google Form yang boleh dilayari menerusi talian aplikasi WhatApps 017-729702.
Kedua – dua saluran permohonan ini akan mula beroperasi pada pukul dua belas (12) tengah hari, 20 Julai 2021 (Selasa).” kata Rina.
Tambah beliau, pemohon masih boleh mengemukakan permohonan menerusi saluran-saluran sedia ada seperti menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999 serta melalui Media Sosial Rasmi Kementerian.
Pelaksanaan Bakul Prihatin Negara merupakan nilai tambah kepada inisiatif Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ini di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Ia adalah hasil cetusan idea daripada Perdana Menteri sendiri sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
- E Ink to Showcase Spectra 6 ePaper Retail Signage at NRF 2025, Highlighting Advanced Color Innovations and Environmental Benefits
- Wall Street Pepe Presale Reaches $45M Milestone for New Trading Insights Platform
- Miracle Play Set to Unveil “AI GRANPRIX,” Pioneering the Future of AI-Powered Esports in Web3
- TCL Unveils Groundbreaking Smart Home Security Innovations at CES 2025
- Infinity Financial Advisory Unveils Enhanced Digital Capabilities to Transform Client Financial Planning Experience
Leave a comment