16 JULAI 2021 – Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali berkata Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) merupakan salah satu pusat vaksinasi perindustrian (PPVIN) yang telah dipilih sebagai tempat untuk menjalankan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama AWAM-SWASTA (PIKAS).
Katanya PPV MITEC PIKAS itu berupaya mempercepat proses vaksinasi dalam kalangan pekerja sektor pembuatan.
“Menyokong usaha kerajaan agar Malaysia segera mencapai imuniti kelompok dan mampu mengawal penularan wabak COVID-19, PPV MITEC PIKAS hadir dengan hampir 30 orang doktor perubatan, jururawat, sukarelawan dan dijangka jumlah ini akan meningkat bagi memudahkan proses vaksinasi.
Jumlah penerima suntikan vaksin di PPV MITEC PIKAS juga akan ditingkatkan bermula minggu kedua dan seterusnya bagi mempercepatkan vaksinasi pekerja.” kata Azmin di dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.
Beliau turut berkongsi bahawa setakat 9 Julai 2021, jumlah PPV yang melibatkan PIKAS adalah sebanyak 37 PPV di Tapak Premis manakala 24 PPV Penggunaan Umum.
“Setakat 14 Julai, 19 PPV sudah memulakan operasi. Tuntasnya, diharapkan PPV PIKAS yang telah dibangunkan ini mampu menjadi penggerak kepada pemulihan ekonomi Malaysia dan dalam masa yang sama berjaya melindungi kesihatan para pekerja sektor pembuatan. Bersama kita tangani pandemik COVID-19. ” ujar Azmin.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment