AM

PPV MITEC PIKAS percepatkan proses vaksinasi pekerja sektor pembuatan – Azmin

66

16 JULAI 2021 – Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali berkata Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) merupakan salah satu pusat vaksinasi perindustrian (PPVIN) yang telah dipilih sebagai tempat untuk menjalankan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama AWAM-SWASTA (PIKAS).

Katanya PPV MITEC PIKAS itu berupaya mempercepat proses vaksinasi dalam kalangan pekerja sektor pembuatan.

“Menyokong usaha kerajaan agar Malaysia segera mencapai imuniti kelompok dan mampu mengawal penularan wabak COVID-19, PPV MITEC PIKAS hadir dengan hampir 30 orang doktor perubatan, jururawat, sukarelawan dan dijangka jumlah ini akan meningkat bagi memudahkan proses vaksinasi.

Jumlah penerima suntikan vaksin di PPV MITEC PIKAS juga akan ditingkatkan bermula minggu kedua dan seterusnya bagi mempercepatkan vaksinasi pekerja.” kata Azmin di dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau turut berkongsi bahawa setakat 9 Julai 2021, jumlah PPV yang melibatkan PIKAS adalah sebanyak 37 PPV di Tapak Premis manakala 24 PPV Penggunaan Umum.

“Setakat 14 Julai, 19 PPV sudah memulakan operasi. Tuntasnya, diharapkan PPV PIKAS yang telah dibangunkan ini mampu menjadi penggerak kepada pemulihan ekonomi Malaysia dan dalam masa yang sama berjaya melindungi kesihatan para pekerja sektor pembuatan. Bersama kita tangani pandemik COVID-19. ” ujar Azmin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...