16 Julai 2021 – Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) @ Online 2021 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) memaparkan keunikan dan kekayaan seni budaya masyarakat Kelantan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata ini merupakan salah satu usaha kerajaan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat industri untuk mengetengahkan produk seni dan budaya ke peringkat antarabangsa.
“Saya mahu menggalakkan program kesenian tradisional dapat dipromosi dan dipopularkan ke luar negara melalui pelbagai medium selari dengan perkembangan semasa.
“Ini juga penting bagi memastikan nilai kesenian dan kebudayaan subur dalam kalangan masyarakat negara ini,”katanya dalam ucapan perasmian FKRK hari ini.
Tambah Nancy, aplikasi teknologi masa kini sememangnya membantu dalam mempromosikan produk seni budaya di negeri Kelantan.
“Kaedah promosi secara digital dapat membantu negara dalam menarik kehadiran pelancong ke negara ini,”katanya.
Mengulas lanjut, selain menyajikan penonton dengan elemen kesenian dan kebudayaan, ini merupakan salah satu inisiatif menyampaikan mesej kepentingan imunisasi terhadap COVID-19.
“Beberapa persembahan kebudayaan Kelantan dipaparkan seperti Makyung, Dikir Barat, tarian rakyat dan kesenian yang lain,” jelasnya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai FKRK 2021, orang ramai boleh layari laman sesawang www.jkkn.gov.my atau laman sosial www.facebook.com/mysenibudaya dan www.facebook.com/jkknkelantan
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment