AM

RCI Siasat Tabung Haji Ditubuhkan – Ismail Sabri

134

14 JULAI 2021 – Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH).

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata penubuhan RCI tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat hari ini.

“Skop RCI akan bertumpu kepada penemuan perunding berhubung isu berbangkit LTH pada 2014 sehingga 2020 dan menentukan sama ada terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan mengenainya” ujar Ismail dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, Ismail berkata RCI juga akan mengsyorkan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian kepada pihak yang terlibat tanpa menjejaskan tindakan perundangan sedia ada yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“RCI juga akan mengemukakan hasil dan syor kepada kerajaan dalam tempoh 3 bulan”, ujar Ismail. 

Beliau turut menambah senarai keahlian RCI akan dikenapasti oleh Jabatan Perdana Menteri yang dicadangkan terdiri daripada pakar dalam bidang Syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan.

“Penubuhan RCI ini adalah wajar supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan tersebut dan perakuan sewajarnya dapat dikemukakan kepada Kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan LTH”, ujar Ismail lagi.

Sebelum ini, perunding PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger telah melaksanakan pengauditan dari tahun 2014 hingga 2020 dan mendapati terdapat isu berbangkit dalam tadbir urus LTH.

Ismail turut menegaskan siasatan dalaman yang telus dan amanah akan dilaksanakan demi memastikan LTH telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...