AM

Pekerja sektor pembuatan yang beroperasi di kawasan PKPD diwajibkan jalani ujian Swab RTK dua kali seminggu

125

12 JULAI 2021 – Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan bahawa bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Selangor, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menetapkan syarat buat semua pekerja sektor pembuatan yg dibenarkan beroperasi dalam PKPD diwajibkan menjalani ujian Swab RTK sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu bermula 7 Julai lalu.

“Langkah awal ini dilihat mampu untuk mengenal pasti kes jangkitan COVID-19 dengan lebih awal, selain dapat memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan untuk ke tempat kerja.

Pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut.” kata Azmin dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Azmin turut menyeru buat semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan oleh pihak kementerian.

“Perkara ini amat dikesali kerana ramai yang tidak patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta memandang ringan tentang perkara ini.

Apa yang pasti, langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dari terus merebak terutama di tempat kerja.” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...