Kenyataan Media

Cari Hala Tuju Buat Konten

164
business podcast - businessman podcasting and recording talk show in studio. copy space

12 Julai 2021 – #KitaBersama Reach Out Siri Dua anjuran Kementerian Perpaduan Negara kali ini membawakan sesi perkongsian secara online (dalam talian) iaitu Membina Peluang Digital dalam membantu masyarakat menjana pendapatan melalui dunia digital semasa pandemik COVID-19.

Membawakan tiga orang tetamu jemputan iaitu pengarah, pelakon, penulis skrip tanah air, Pekin Ibrahim, Youtuber terkenal Rhys William dan pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Mathivannan Jaganathan untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pandangan mereka.

Ujar Pekin,setiap individu yang ingin mencuba menjana pendapatan melalui platform YouTube perlu mencari hala tuju yang mereka mahukan dan sentiasa konsisten dalam menghasilkan sesuatu konten.

“Dalam masa sehari kita ada 24 jam dan kita hanya perlukan 10 minit untuk hasilkan satu video konten di mana kita sudah tahu hala tuju konten yang kita mahu hasilkan walaupun kita buat video dalam rumah sahaja,” katanya.

Youtuber dari United Kingdom(UK), Rhys pula berkata, setiap individu perlu membuang persepsi melihat kepada jumlah ‘followers’ (pengikut) tetapi sebaliknya melihat kepada kualiti pengikut yang mereka ada.

“Kalau kita jual barangan bayi contohnya, dan kita ada 100 ribu pengikut yang tiada anak mana mungkin mereka mahu membeli barangan itu, tetapi sebaliknya kalau kita ada 100 pengikut sahaja tetapi mereka membeli barangan kita, itu yang kita mahukan,”ujarnya.

Jelas Dr Mathivannan pula, individu hanya perlu ada ‘right tools and right efforts’ (alat dan usaha yang sesuai) dan konten tidak semestinya dalam bentuk video sebaliknya fotografi juga boleh dijadikan sebagai konten.

“Kita hanya perlukan 5 Digital iaitu ‘Device, Platform, Media, Data dan Technology’ untuk memasuki ke dunia digital dan individu yang perlu mencipta sesuatu konten yang mereka mahukan, barulah audiens boleh melihat konten tersebut,”katanya.

Jelas Rhys lagi, individu boleh mencuba platform yang sedia ada dan melihat platform yang mana satu lebih sesuai dengan kandungan konten yang dibuat.

Pekin menambah, sudut pembayaran penerbitan drama dan filem hanyalah ‘one-off’ manakala pendapatan YouTube sentiasa bergerak jika audiens masih melihat kandungan video tersebut.

“Tak perlukan model yang besar seperti penerbitan filem atau drama dan boleh rakam guna telefon sahaja untuk jadikan sebagai konten,” ujarnya.

Dalam pada itu, seramai 28 juta penduduk Malaysia adalah pengguna aktif laman sosial dan mereka boleh menggunakan platform ini untuk mendapatkan pendapatan.

Sesi perkongsian ini dikendalikan oleh Idzwan Yakob dan disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook Kementerian Perpaduan Negara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...