PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memperuntukkan RM20 juta daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan pengenalan empat Program Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi bagi membantu meringankan beban kewangan koperasi terjejas.
Empat program tersebut adalah Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) serta Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-DAPAT). Program-program ini akan berlangsung dalam tempoh satu tahun bermula Julai 2021 hingga Julai 2022 bagi memastikan momentum perniagaan koperasi kembali stabil.
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SKM menerusi program KPR akan menggalakkan lagi penubuhan koperasi baharu bagi membolehkan kumpulan sasaran iaitu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) dan individu terjejas serta hilang punca pendapatan menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi.
“Dianggarkan, seramai 1,000 usahawan akan dibantu melalui penubuhan 50 koperasi menerusi peruntukan RM5 juta yang disediakan oleh Kerajaan. Oleh itu, rakyat digalakkan untuk menyokong program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat dengan membeli barangan keperluan harian di kedai koperasi yang menewarkan harga yang lebih murah berbanding pasaran tempatan”, tambah beliau lagi.
Insentif jualan akan diberikan kepada koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan bagi mengurangkan harga barangan keperluan harian seperti gula, tepung, minyak masak, beras, telur dan lain-lain.
Bagi memastikan aliran tunai koperasi konsisten, sebanyak RM15,000 insentif jualan secara one-off diberikan kepada 200 koperasi yang terlibat secara langsung dalam sektor pemborongan dan peruncitan bagi mengurangkan harga barangan keperluan harian dengan peruntukan mencecah RM3 juta.
“Koperasi juga perlu bersedia menggunakan salah satu atau gabungan mekanisma yang bersesuaian seperti perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah, sistem pembelian e-dagang dan pesanan melalui media sosial atau aplikasi WhatsApp dan lain-lain milik koperasi”, kata beliau.
Program TRANSFER pula menumpukan skop program meliputi geran bantuan berjumlah RM100,000 kepada koperasi yang terjejas khususnya dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri bagi meneroka perniagaan yang baharu menerusi peruntukan keseluruhan berjumlah RM10 juta.
Program ini menumpukan 100 koperasi sebagai penerima manfaat sekaligus dijangka dapat menyediakan 200 peluang pekerjaan hasil daripada penglibatan koperasi dalam bidang baharu.
Pengenalan program e-DAPAT pula dapat memberi tumpuan kepada peningkatan aksesibiliti dan ketersediaan produk atau perkhidmatan koperasi secara atas talian. Program ini mensasarkan koperasi kluster mikro, kecil, sederhana dan besar yang mempunyai produk atau perkhidmatan termasuk koperasi kredit, Ar-Rahnu dan lain-lain yang berpotensi untuk dikomersilkan melalui platform atas talian.
Bagi membantu koperasi merancakkan lagi aktiviti promosi dan pemasaran produk serta perkhidmatan mereka secara atas talian, MEDAC menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta menerusi geran bantuan sehingga RM20,000.
“Pembiayaan kos ini turut meliputi kos pemasaran digital, pengiklanan dan promosi serta on-board training bagi peralihan platform perkhidmatan koperasi dalam talian”, menurut YB Menteri lagi.
MEDAC dan SKM akan terus komited dalam memastikan kelangsungan perniagaan sektor koperasi negara berada pada momentum terbaik dengan menyediakan kemudahan khidmat nasihat dan bantuan perundingan secara berterusan menerusi laman web rasmi SKM di www.skm@gov.my.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment