AMMuzik & Hiburan @ My LNA

JELAJAH PGMM BERKONGSI REZEKI

111

Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan buat kali ketiga baru-baru ini oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak virus Covid-19 benar-benar memberikan impak besar kepada impak besar kepada seluruh rakyat Malaysia di seluruh peringkat hidup.

Dengan penguasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang semakin diperketatkan serta penutupan beberapa sektor penting negara menambahkan lagi tekanan sedia ada. Lebih terkesan adalah mereka yang terjejas dari segi pendapatan akibat dihilang pekerjaan, pemotongan gaji dan sebagainya. Walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan sokongan, namun ia dilihat masih belum mencukupi untuk menampung keperluan mereka yang memerlukan.

Menyedari akan isu ini timbul idea oleh Harry Khalifah bersama beberapa selebriti tanah air seperti Danial Zaini, Floor 88, Syafiq Farhain, Ezad Lazim dan ramai lagi untuk menubuhkan satu gerakan dibawah nama “JELAJAH PGMM BERKONGSI REZEKI” yang bertujuan untuk menyalurkan bantuan sumbangan kepada kumpulan- kumpulan masyarakat yang terjejas susalan daripada pandemic Covid-19 serta penguakuasaan PKP 3.0 serta PKPD di beberapa lokaliti terlibat.

Menurut Harry Khalifah, dana bantuan sebelum ini diperolehi dari kutipan bersama selebriti namun bagi program kali ini, PGMM telah menerima sokongan penuh dari En Muhammad Nizam bin Abd Malek Ketua Pengarah Operasi, Amar Musafir Holdings Sdn Bhd yang menyediakan Bekalan makanan untuk 200 ahli keluarga.

“JELAJAH PGMM BERKONGSI REZEKI merupakan usaha murni dan ikhlas kami dalam membantu masyarakat yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19 serta membuka kesedaran kepada semua lapisan masyarakat agar saling memerhatikan saudara dan jiran-jiran terdekat yang memerlukan bantuan agar dapat menjadi orang yang pertama manyalurkan bantuan,” ujar Harry Khalifah.

Tambah Harry lagi, program kali ini terbahagi kepada 2 kumpulan penerima yang terjejas di kawasan Sungai Buloh dan Ampang . Sebanyak 100 buah bakul makanan akan diedarkan di setiap kawasan kepada 100 penerima yang telah dikenal pasti.

“Pada peringkat awal PGMM menerima hanya dalam 20 senarai penerima, namun hingga kini jumlah tersebut telah meningkat kepada lebih 700 orang,” jelas Harry lanjut.

Dalam pada itu, Harry Khalifah turut berharap agar program ini dapat menjadi tauladan kepada rakan-rakan artis yang lain agar dapat melakukan perkara yang sama untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik, selain penglibatan bersama sektor korporat dalam menghulurkan bantuan dengan penglibatan bersama kepada masyarakat setempat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak...