Sektor Kilang Penyumbang Utama Kes COVID-19 Hari Ini? Jawapannya, TIDAK
FAKTANYA?
1. Pada 26 Jun 2021, HANYA 0.91% kes positif baru harian dilaporkan daripada kluster kilang. Daripada sejumlah 5,803 kes positif baharu harian nasional, hanya 53 kes daripada kluster kilang.
2. Bagi tempoh 1 Jun – 26 Jun 2021, sebanyak 156,065 kes positif telah direkodkan. Daripada jumlah tersebut, HANYA 9% kes positif atau 15,069 kes positif direkodkan daripada sektor kilang.
3. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 21 Jun 2021 melaporkan 70% kes positif mulai 1 Januari sehingga 19 Jun 2021 adalah kes sporadik. Rekod menunjukkan 398,846 kes positif ditular secara sporadik berbanding 578,105 kes positif keseluruhan.
Jika HANYA 9% kes positif dari sektor kilang, SIAPA penyumbang 91% kes positif yang lain???
Jangan salahkan 2.23 juta pekerja industri, mereka menyumbang 24% kepada KDNK negara.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment