Ekonomi @ My LNA

Ekonomi Malaysia Terus Bertahan Mendepani Pandemik Covid-19 – Azmin Ali

129

KUALA LUMPUR 30 Jun – Kerajaan komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi terus meningkat dan ekonomi negara terus kukuh dalam mendepani pandemik Covid-19.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusrti, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi inisiatif Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), Malaysia akan terus menjadi destinasi utama untuk industri berteknologi tinggi dan berimpak tinggi, pembuatan pintar dan perkhidmatan yang berkaitan, dan penyediaan penyelesaian keseluruhan untuk teknologi canggih seiring proses transformasi digital.

“Kerajaan melihat hasil pertama daripada NIA dengan pelaburan untuk Suku Pertama 2021 yang diluluskan bernilai RM80.6 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer. Terdapat peningkatan lonjakan 95.6% dalam pelaburan yang diluluskan berbanding tempoh yang sama tahun lalu”, ujar beliau.

Azmin berkata demikian selepas melancarkan Laporan Produktiviti 2020 di sini semalam.

Beliau menambah Malaysia akan terus mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif bagi perusahaan untuk terus beroperasi secara produktif dan kompetitif. Agenda pembaharuan peraturan akan digubal ke arah peningkatan pembuat dasar dan penyampaian peraturan seterusnya memastikan perniagaan dapat memanfaatkan peluang di pasaran antarabangsa.

Bagi mencapai hasrat ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan  terus bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas untuk Memudahkan Perniagaan (PEMUDAH) untuk menyemak dan mengkaji serta mengurangkan peraturan yang tidak perlu bagi perniagaan sedia ada dan baru.

“Berdasarkan Laporan Tahunan Daya Saing Dunia 2021, Malaysia menduduki tempat ke-25 daripada 64 negara dalam daya saing global meningkat dari kedudukan ke-27 pada tahun 2020”, ujar beliau lagi.

Prestasi perdagangan Malaysia untuk April 2021 telah menunjukkan petunjuk pemulihan produktif yang kuat dengan perdagangan meningkat 43.2% menjadi RM190.76 bilion berbanding April 2020. Eksport melebihi RM100 bilion selama dua bulan berturut-turut, mencapai RM105.62 bilion pada April 2021 seterusnya melonjak 63% berbanding April 2020.

Pencapaian besar ini turut menjadi pertumbuhan terpantas sejak Februari 1998.

Azmin berkata, dalam usaha memerangi pandemik Covid-19, Malaysia akan bersama-sama mengumpul dan menggunakan sumber yang ada untuk memulihkan negara serta melaksanakan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Mengenai PIKAS pula, beliau berkata RM150 juta lagi diperuntukkan untuk mempermudahkan program vaksinasi PIKAS yang diketuai oleh MITI yang juga merupakan aspek penting dalam rancangan pemulihan, dengan memberi tumpuan kepada sektor pembuatan yang merupakan komponen utama rantaian bekalan produk dan perkhidmatan penting. Keutamaan kerajaan juga adalah melindungi pekerja kerana mereka merupakan komponen penting sektor ekonomi dan tulang belakang negara untuk memastikan pemulihan dan ketahanan ekonomi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

17.65 Juta (58.7%) Profil Warganegara telah dikemaskini di Sistem PADU

PUTRAJAYA, 1 April 2024 – Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas...