AYER KEROH 25 JUN 2021 – Timbalan Menteri Pertanian (I), Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah pada hari ini menyempurnakan penyerahan sumbangan bekalan makanan haiwan dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kepada Zoo Melaka. Bekalan makanan haiwan tersebut berupa produk ayam sejuk beku hasil rampasan yang telah dilucuthakkan membabitkan kes dari bulan Mei sehingga Jun 2021. Sumbangan diserahkan kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datuk Shadan Haji Othman.
Menurut MAQIS dalam satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, secara keseluruhannya, MAQIS menyumbangkan sejumlah tiga tan ayam sejuk beku dengan nilai rampasan RM27,270 yang datangnya dari negara Thailand.
“Kesemua ayam sejuk beku ini telah ditahan semasa cuba dibawa masuk dari negara jiran ke Malaysia melalui pengkalan haram tebing Sungai Golok di Rantau Panjang Kelantan, didapati tidak memiliki dokumen seperti permit import MAQIS, sijil kesihatan veterinar dan sijil halal.
MAQIS komited melaksanakan tanggungjawab sosial untuk membantu dan memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan seperti Zoo Melaka, selain tegas menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang negara dalam memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal di kesemua pintu masuk.” kata MAQIS.
Tambah MAQIS, inisiatif tersebut diharap dapat membantu pihak Zoo Melaka dari segi kelancaran operasi selain menampung bekalan makanan untuk haiwan-haiwan dibawah jagaan mereka.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment