AM

2 tapak projek di Sarawak dan Negeri Sembilan ditutup akibat tidak patuh SOP- CIDB

146

25 JUN 2021 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memaklumkan bahawa satu tapak bina di Sarawak dan satu lagi di Negeri Sembilan diarahkan menghentikan operasi.

Menurut CIDB dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, sebanyak dua tapak bina telah diperiksa dalam Satu Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 CIDB Negeri Sarawak. Kata CIDB satu tapak tidak beroperasi manakala satu lagi didapati tidak patuh SOP.

“Satu (1) tapak bina yang menjalankan projek pembinaan bangunan 16 unit kuarters tambahan didapati tidak patuh SOP dan telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta oleh pasukan Penguatkuasaan CIDB Sarawak kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan seperti kegagalan patuh SOP kerana kelulusan beroperasi dari MITI bercanggah dengan kerja sebenar yang dilakukan (Kelulusan MITI ditarik balik) dan tiada rekod suhu pekerja di tapak binaan.

Tindakan yang dikenakan adalah Notis Mengemukakan Maklumat Mengenai Industri Pembinaan N2/2015 dan Notis Pemberhentian Kerja Pembinaan (Pelanggaran Kewajipan oleh Kontraktor) N3E/2021 kepada Kontraktor Utama.” jelas CIDB.

Dalam pada itu, Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 CIDB Negeri Sembilan telah dilakukan di Daerah Seremban pada hari ini dan bilangan tapak bina yang diperiksa adalah sebanyak satu tapak dan didapati tidak patuh SOP.

“Tapak tersebut yang menjalankan projek pembinaan 2 unit kilang industri ringan berkembar setingkat dan pejabat 2 tingkat telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta oleh pasukan Penguatkuasaan CIDB Seremban kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan seperti rumah penginapan pekerja yang disediakan tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tiada pasukan kecemasan COVID-19 di tapak bina.

Tindakan diambil adalah Notis Pemberhentian Kerja Pembinaan (Pelanggaran Kewajipan oleh Kontraktor) N3E/2021, Notis Mengemukakan Maklumat Mengenai Industri Pembinaan N2/2015, Notis Pemberitahuan (kesalahan di bawah kewajipan kontraktor) (Seksyen 34b), Notis Arahan Hadir (perhatian kepada pengarah syarikat) N9/2015, menampal notis penutupan tapak bagi kesalahan pelanggaran SOP COVID 19 MKN dan menyita keseluruhan tapak bina dengan pita larangan masuk.” kata CIDB.

Sebanyak 161 tapak pembinaan diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu, berikutan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, sebanyak 2,955 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 573 (19%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 2,382 (81%) tidak beroperasi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...