Politik @ My LNA

PH Johor menjunjung kasih titah DYMM Sultan Johor

117

23 JUN 2021 – Pakatan Harapan (PH) Johor menjunjung kasih titah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini yang telah memperkenan supaya Dewan Negeri Johor bersidang pada 12 Ogos 2021.

Menurut PH Johor menerusi satu kenyataan media hari ini, PH Johor turut menjunjung kasih atas perkenan Tuanku Sultan Johor untuk berangkat bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat pada tarikh tersebut yang akan diadakan di Kota Iskandar.

“PH Johor siap sedia menyumbang tenaga dan buah fikiran demi kepentingan rakyat terutamanya mengenai pelan tindakan bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 serta menyusun pelan pemulihan ekonomi Negeri ini.

PH Johor juga menginsafi dan konsisten dengan pandangan bahawa Dewan Negeri dan Parlimen perlu bersidang dengan segera untuk menjalankan fungsifungsi serta peranannya lebih-lebih lagi pada saat rakyat berhadapan kesukaran serta kekecewaan dalam berhadapan masalah penularan Covid-19 yang sehingga hari ini masih belum dapat diselesaikan. ” kata PH Johor.

Tambahnya, pada masa yang sama, prestasi vaksinasi untuk rakyat di negeri Johor setakat ini juga amat membimbangkan iaitu pada kadar 14.6% sahaja.

“Sekali lagi, PH Johor menjunjung kasih dan merafak sembah titah serta keperihatinan yang dizahirkan DYMM Tuanku Sultan Johor.” kata PH Johor.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...