PUTRAJAYA 23 JUN 2021 – Persidangan Secara Maya Peringkat Tinggi Asia dan Pasifik mengenai Kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan disertai oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ia merupakan undangan TYT Wang Yi, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China.
Menurut Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi satu siaran media yang diedarkan hari ini, persidangan pada tahun ini akan memberi tumpuan kepada usaha memacu kerjasama antarabangsa bagi memastikan agihan vaksin yang lebih adil, terbuka dan tanpa diskriminasi serta mempromosikan ‘pembangunan hijau’ ke arah pencapaian pembangunan yang mapan dan menyeluruh.
“Semasa persidangan tersebut, YB Menteri Luar Negeri akan menyampaikan ucapan, di mana beliau antara lain, akan menyentuh mengenai kepentingan dalam mencapai keseimbangan dalam kesihatan awam serta menangani cabaran COVID-19 di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). YB Menteri Luar Negeri akan turut menyentuh mengenai cabaran semasa dalam mengagihkan vaksin secara adil dan kaedah bagi memantapkan lagi daya tahan negara dalam menghadapi cabaran pandemik di masa hadapan.
Sejajar dengan tema persidangan, YB Menteri Luar Negeri akan turut berkongsi pandangan mengenai ‘pembangunan hijau’ dalam konteks kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta sasaran mencapai Sustainable Development Goals (SDGs). Pandemik yang berlarutan telah menyukarkan seluruh dunia, namun Malaysia percaya dengan sumbangan idea inovatif dan strategi hijau, negara-negara di rantau Asia Pasifik akan berupaya untuk bangun dari kesukaran dan bergerak ke arah mencapai pembangunan yang mampan.” kata KLN.
Malaysia dan China telah menandatangani ‘Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Bersama melalui Jalur Ekonomi Laluan Sutera (Silk Road Economic Belt) dan Inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 (21st Century Maritime Silk Road Initiative) pada 13 Mei 2017. Pada tahun 2020, jumlah perdagangan Malaysia dengan China telah meningkat sebanyak 4.2% dan mencapai jumlah RM329.77 bilion. Peningkatan ini telah disumbangkan oleh kenaikan eksport ke China sebanyak 12.5% berjumlah RM158.6 bilion. China terus kekal menjadi destinasi eksport terbesar buat Malaysia selama 12 tahun berturut-turut sejak dari tahun 2008.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment