AM

DUN Selangor : Kerajaan dan Pembangkang Sepakat Bersidang

74
Old grey eco drawing paper kraft background texture in soft white light color concept for page wallpaper design, gray rice matte pattern for decorative wall.

SHAH ALAM 22 JUN 2021– Wakil penyokong kerajaan dan pembangkang bersetuju agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang selaras dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Raja-Raja Melayu.

“Sidang dewan ini amat penting baik di peringkat Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat agar setiap perbahasan berkenaan isu-isu rakyat mampu diperhalusi bersama dalam agenda kita memerangi pandemik COVID-19, ujar kenyataan media bersama oleh Elizabeth Wong selaku Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Datuk Rizam Ismail selaku Ketua Pembangkang. 

“Keprihatinan Baginda Tuanku dan Raja-Raja Melayu perlu diambil secara serius oleh semua agar isu rakyat, ekonomi dan Negara mampu ditangani dengan segera” ujar kenyataan tersebut yang turut menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor pada 17 Jun 2021 untuk meneruskan persidangan.

Kedua-dua pihak juga menjunjung tinggi titah pandangan KDYMM Tuanku dan Raja-Raja Melayu agar Parlimen bersidang dan dibuka dengan segera bagi menjadi semak imbang kepada tatakelola pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNA

Dato’ Awang Bemee dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 – Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali...

AMBernamaBM @ MY LNALain-lain

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) – Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh...

AMBM @ MY LNAHKHM2024UTAMA

Anwar seru rakyat kibarkan Jalur Gemilang

SELANGOR, 22 Julai 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyeru...

AMBM @ MY LNAHKHM2024UTAMA

PM rasmi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024

CYBERJAYA, 21 Julai 2024 – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur...