Kenyataan Media

Janji Temu Vaksinasi Diberi Kepada Semua Golongan Umur Bagi Setiap PPV – KJ

120

PUTRAJAYA 21 JUN 2021 – Pendaftaran vaksinasi bagi warga emas telah mencecah 2.68 juta dan bilangan warga emas yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah sebanyak 1.74 juta.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sehingga 30 Jun, sebanyak 757,747 janji temu berjadual sudah diberikan di seluruh negara yang membabitkan 253,719 individu berusia 60 tahun ke atas, 228,397 individu berusia 50 hingga 59 tahun, 83,610 individu berusia 40 hingga 49 tahun dan selebihnya 18 hingga 39 tahun”.

“Tuduhan yang mengatakan pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) tidak menghantar janji temu kepada mereka yang berusia 50-an ke atas adalah tidak benar” katanya pada sidang media Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Selain itu beliau turut menjelaskan bahawa pihak PICK telah merekodkan pendaftaran 5.01 juta individu untuk mendapatkan vaksin bagi Fasa Dua bagi semua golongan.

Terdahulu terdapat kenyataan luar yang mengatakan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil hanya diberi keutamaan kepada golongan 40-an dan ke bawah sahaja untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Dalam sidang media yang sama Khairy turut menyatakan bahawa kerajaan boleh membuka lebih banyak PPV mega namun ia tidak bermakna sekiranya bekalan vaksin tidak mencukupi.

“Apabila bekalan sudah sampai dan mencukupi, barulah kerajaan membuka banyak PPV supaya kadar vaksinasi dapat dipertingkatkan sekali gus mencakapi komuniti kelompok lebih cepat,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...