Pelancongan @ My LNA

Pengecualian Kompaun Pengusaha Pelancongan – MOTAC

72

PUTRAJAYA 21 JUN 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan mempertimbangkan untuk memberi diskaun dan perlanjutan tempoh pembayaran kompaun sehingga 31 Disember 2021.

MOTAC selaku agensi Kerajaan yang menguatkuasakan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan Peraturan-Peraturan berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19, ujar kementerian tersebut dalam kenyataan media hari ini.

Inisiatif yang akan diberikan oleh MOTAC meliputi diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40% kepada semua pengusahaan pelancongan berlesen dan pemandu pelancong berlesen yang dikenakan kompaun dan perlanjutan tempoh pembayaran kompaun bagi semua kompaun yang dikeluarkan oleh MOTAC kepada pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen.

MOTAC juga akan mengecualikan kompaun kepada pengusahaan pelancongan dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/ Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB)/ Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dengan syarat permohonan lengkap perlu dikemukakan dalam tempoh 60 hari selepas tamat tempoh PKP/ PKPB/PKPD.

Selain itu, kementerian tersebut akan mengeluarkan lesen syarikat pengendali pelancongan tanpa pemeriksaan premis dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/ Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)/ Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) manakala pemeriksaan premis akan dilaksanakan dalam tempoh 90 hari setelah lesen syarikat dicetak dan dikeluarkan oleh MOTAC Negeri.

MOTAC turut menegaskan bahawa kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemandu pelancong yang berkaitan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

MOTAC adakan kolaborasi dan libat urus, perkasakan pelancongan di Semporna

5 Mac 2024 – Semporna merupakan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Spritzer EcoPark Memeriahkan Tahun Baru Cina dengan Sambutan Musim Bunga yang Mempesonakan

KUALA LUMPUR/TAIPING, 8 FEBRUARI 2024 – Spritzer EcoPark sangat teruja untuk sambutan besar-besaran dengan...