16 Jun 2021 – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia pada hari ini menunjukkan penurunan sedikit iaitu sebanyak 5,150 kes berbanding semalam (5,419).
Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 1,914 kes dikuti Kuala Lumpur (480), Kelantan (230), Sarawak (570), Negeri Sembilan (607) dan Johor (392).
Selain itu, Kedah merekodkan 228 kes, Pulau Pinang (99), Pahang (57), Terengganu (56), Perak (66), Melaka (152), Sabah (184), Labuan (101) dan Putrajaya (6). Sementara itu Perlis mencatat 1 kes baharu.
Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 673,026.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment