Kenyataan Media

PM yakin Wilayah Persekutuan mampu capai sasaran imuniti kelompok sepenuhnya pada 31 Ogos

215

13 Jun 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa meninjau proses pemberian vaksin melalui inisiatif Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah di Perumahan Awam Seri Johor, Bandar Tun Razak semalam. Turut hadiir adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

“Alhamdulillah, saya dapati program yang diusahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan penglibatan beberapa klinik swasta sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Rata-rata penerima vaksin yang mana sebahagian besarnya adalah warga emas ketika ditemui menzahirkan terima kasih atas usaha yang dilakukan. ” kata Muhyiddin menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam.

Tambah Muhyiddin, selain memudahkan mereka divaksinasi, inisiatif Trak Vaksin Bergerak itu lebih ‘mobile’ dan boleh berada di kawasan yang disasarkan berbanding PPV biasa, sekali gus membantu mempercepatkan sasaran majoriti rakyat divaksinasi.

“Saya yakin dengan kemudahan yang disediakan ini termasuk PPV biasa dan PPV mega yang sedang beroperasi di Lembah Klang, Wilayah Persekutuan mampu mencapai sasaran imuniti kelompok atau lebih 80 peratus penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 sepenuhnya menjelang 31 Ogos ini.

Syabas saya ucapkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta klinik kesihatan swasta dan petugas sukarela yang terlibat menjayakan inisiatif yang cukup baik dan amat membantu rakyat ini.

Ini merupakan antara usaha Kerajaan dalam memastikan semua rakyat yang layak divaksinasi tidak tertinggal dari mendapat suntikan vaksin dengan cara menyenangkan atau memudahkan proses mereka untuk menerima suntikan.” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...