AM

[GALERI] Kajang hari ini

414
Suasana lengang di sekitar Bandar Kajang berikutan kebanyakan premis perniagaan ditutup susulan kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' fasa kedua di seluruh negara berkuat kuasa 14 hari bermula 14 Jun hingga 28 Jun ketika tinjauan disini, hari ini. — LIFE NEWS AGENCY/Hafis Idzla Mohd Hafidzan

Jurugambar : Hafis Idzla bin Mohd Hafidzan

Galeri gambar yang diambil oleh jurugambar kami di bandar Kajang hari ini.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang membuat pemeriksaan di beberapa premis dibenarkan beroperasi bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ bersambung berkuatkuasa 14 hingga 28 Jun 2021. Kerajaan sebelum ini mengumumkan penutupan kompleks membeli-belah sepanjang tempoh tersebut kecuali premis pasar raya, pasar raya besar, kedai serbaneka , kedai farmasi dan kedai runcit yang mempunyai seksyen makanan dan minuman serta keperluan asas bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. — LIFE NEWS AGENCY/Hafis Idzla Mohd Hafidzan
Orang ramai mematuhi penjarakan sosial ketika beratur bagi melakukan urusan bank ketika tinjauan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh atau “total lockdown yang memasuki fasa kedua hari ini, 14 Jun hingga 28 Jun 2021. Penjarakan sosial yang disarankan oleh kerajaan perlu dipatuhi bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan. — LIFE NEWS AGENCY/Hafis Idzla Mohd Hafidzan
Pekerja penghantar makanan Food Panda menunggu tempahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika tinjauan di Bandar Kajang, Selangor, hari ini. Khidmat penghantar makanan sentiasa diperlukan bagi memastikan orang ramai mendapat bekalan makanan ketika tempoh sekatan pergerakan penuh atau “total lockdown” berkuatkuasa 14 Jun hingga 28 Jun 2021. – LIFE NEWS AGENCY/Hafis Idzla Mohd Hafidzan
Suasana di sekitar Bandar Kajang berikutan kebanyakan premis perniagaan ditutup susulan kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ fasa kedua di seluruh negara berkuat kuasa 14 hari bermula 14 Jun hingga 28 Jun ketika tinjauan disini, hari ini. — LIFE NEWS AGENCY/Hafis Idzla Mohd Hafidzan

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...