AM

Surat Kelulusan CIMS 3.0 masih terpakai sepanjang tempoh PKP 3.0 – MITI

156

12 JUN 2021 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) imemaklumkan bahawa surat kelulusan yang telah diperolehi sebelum ini oleh syarikat melalui COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun 2021, masih terpakai sepanjang tempoh pelanjutan PKP 3.0, bermula hari Selasa, 15 Jun sehingga Isnin, 28 Jun 2021.

Ia selaras dengan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN) semalam.

Dalam pada itu, Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut memaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menerima surat atau permit pergerakan yang telah dikeluarkan oleh 12 Kementerian dan agensi yang telah dipersetujui oleh MKN.

Senarai kementerian dan agensi yang terbabit ialah :

  1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  2. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
  3. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
  4. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
  5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)
  6. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  7. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
  8. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  9. Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
  10. Bank Negara Malaysia (BNM)
  11. Suruhanjaya Sekuriti (SC)
  12. Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Surat atau permit pergerakan yang tamat tempoh pada 14 Jun 2021 juga masih boleh diterima oleh anggota penguat kuasaan PDRM sehingga tamat tempoh lockdown pada 28 Jun 2021

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...