AM

Polis Johor Rampas Dadah Bernilai RM 1.77 Juta Di Kondominium

154

JOHOR BAHRU 11 JUN 2021 – Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang membabitkan nilai rampasan hampir RM1.77 juta di sebuah kondominium di kawasan Perling, Skudai semalam

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata empat suspek termasuk seorang wanita berjaya diberkas dalam tiga operasi yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor antara 3.30 petang Rabu lalu hingga 12.15 tengah hari semalam.

“Dalam serbuan pertama di kondominium berkenaan, polis menahan sepasang kekasih warga tempatan berusia 21 dan 24 tahun serta merampas dadah jenis heroin”.

Katanya, hasil saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis ganja, manakala hasil semakan lanjut suspek turut memiliki rekod lampau berkaitan jenayah.

“Susulan itu, polis membuat dua lagi serbuan iaitu di unit berlainan sekitar kondominium itu dan di Perling sebelum menahan dua lelaki tempatan berusia 34 dan 35 tahun bersama rampasan dadah jenis heroin dan syabu”.

“Hasil saringan urin juga mendapati kedua-dua suspek yang ditahan positif dadah jenis syabu dan masing-masing mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah lain” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, rampasan dadah membabitkan 34.66 kilogram syabu bernilai RM 1.24 juta, 47.54 kilogram heroin bernilai RM558,663 yang boleh digunakan untuk 411,000 penagih hasil daripada tangkapan kesemua suspek.

Ayob Khan turut memberitahu, modus operandi yang digunakan oleh sindiket pengedaran dadah adalah dengan menyewa kondominium berpagar dan berpengawal bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Selain itu, pihak polis juga turut merampas dua buah kereta dengan nilai sitaan berjumlah RM40,000.

Jelas beliau, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak April tahun lalu dan disyaki mendapat bekalan dadah dari Thailand bagi pasaran tempatan.

“Kesemua suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam hingga 15 Jun iuntuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...