9 JUN 2021 – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan membuka beberapa lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar untuk membendung wabak Covid-19 di Selangor.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini adalah susulan daripada titah Sultan Selangor agar tumpuan pemberian vaksin diberi keutamaan khas kepada negeri yang mempunyai populasi paling tinggi.
“Perancangan ini sudah dilakukan sejak beberapa minggu lalu dengan pembukaan lebih banyak PPV disamping meningkatkan pengagihan penghantaran vaksin kepada Selangor pada kadar 25 peratus dan jumlah ini akan ditambah sejurus kita menerima bekalan tambahan vaksin pada bulan depan”.
Tambah beliau PPV berskala besar yang beroperasi ketika ini adalah di Pusat Konvensyen Setia Alam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dan beberapa lagi PPV mega yang akan dibuka di Selangor dalam masa terdekat.
“Kerumitan berlaku apabila terdapat juga penduduk Selangor yang beralamat di Kuala Lumpur (KL), sebab itu data keseluruhan di Selangor ada yang bercampur aduk dengan data KL” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan PICK hari ini.
“Dalam perkembangan lain sebanyak 12,774,132 individu yang berumur 18 tahun ke atas telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin dan 4,129,168 individu secara keseluruhan pula telah mendaftar bagi program pemberian vaksin fasa kedua”.
Turut bersama beliau dalam sidang media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment