Ekonomi @ My LNA

Sewaan Ruang Bangunan Kerajaan Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun 2021 – KeTSA

102

PUTRAJAYA 8 JUN 2021 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan meneruskan pelanjutan diskaun bayaran sewaan kepada penyewa tanah dan ruang bangunan Kerajaan Persekutuan selaras dengan Program PEMERKASA Tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata inisiatif pemberian diskaun kepada penyewa ini akan diteruskan untuk tempoh 6 bulan bermula 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021.

“Inisiatif ini juga dapat membantu meringankan beban penyewa akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 serta memberi ruang untuk penyusunan semula aliran tunai bagi mengekalkan perniagaan mereka” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Selain itu, Kementerian telah meluluskan penyaluran dana segera berjumlah RM179,426.00 sebagai peruntukan awal Bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada 10 premis Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) yang terjejas akibat PKP 3.0.

“Bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar pada kali ini adalah berdasarkan permohonan bagi keperluan segera oleh 10 premis ZPT berkenaan” katanya.

Pada PKP tahun 2020, sejumlah RM3.9 juta peruntukan daripada Kerajaan dan RM 500 ribu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah program tanggungjawab sosial korporat disalurkan secara berperingkat kepada 25 ZPT yang terjejas bermula Mei 2020.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...