Ekonomi @ My LNA

PKP 3.0 – Premis Perniagaan Teknologi Maklumat dan Digital Ditutup?

125

7 JUN Bangi – Sudah tujuh hari Perintah Kawalan Pergerakan Penuh diumumkan oleh kerajaan susulan peningkatan kes penularan pandemik Covid-19 di Malaysia. Namun kekeliruan di kalangan rakyat timbul berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih tidak berkesudahahan berhubung premis yang dibenarkan beroperasi atau tidak dibenarkan beroperasi.

Pengumuman berhubung tempoh PDPR oleh Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin bahawa sesi PDPR akan dilaksanakan bermula 16 Jun ini sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya berhubung pengoperasian premis perniagaan teknologi maklumat dan digital.

SOP yang dikeluarkan oleh MKN melarang pengoperasian premis yang menjual dan membaiki peralatan ini hanya disebabkan oleh sektor ini dikategorikan sebagai sektor tidak penting (essential service).

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming mempertikaikan arahan tersebut dengan mendakwa peraturan sebegini seolah-olah menyusahkan ibu bapa yang ingin membeli mahupun membaiki peralatan komputer ditengah-tengah keperluan mendesak penggunaan komputer untuk PDPR mahupun bekerja dari rumah.

“Selain itu, beberapa bahagian di pasar raya ditutup seperti bahagian alat tulis menyukarkan ibu bapa yang ingin membeli peralatan tersebut untuk kegunaan PDPR di rumah” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi mereka yang harus bekerja dari rumah menggunakan komputer riba dan telefon bimbit mereka, penggunaan peranti dengan cermat serta mengelakkan kerosakkan kerana premis  membaiki peranti ini ditutup sepanjang PKP Penuh ini.   

Tinjauan LNA ke premis perniagaan teknologi maklumat dan digital di Kajang ditutup setelah MKN memutuskan hanya perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi dengan kebenaran MITI dan Kementerian berkaitan. Masyarakat juga berharap agar MKN segera mengkaji semula keputusan ini memandangkan penggunaan peralatan komputer dan telefon bimbit meningkat sepanjang tempoh PDPR dan bekerja dari rumah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...