SEPANG 7 JUN 2021 – Bagi melihat sendiri kelangsungan rantaian bekalan makanan melalui Pasar Segar Terkawal (PST), Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah mengadakan lawatan kerja ke MyFarm Outlet Putrajaya dan Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Dengkil, Sepang Selangor. PST diwujudkan dengan objektif untuk memberi akses pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan dengan penawaran penjimatan 5 hingga 20 peratus dan pada masa yang sama sebagai ruang pasaran kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka sepanjang tempoh pelaksanaan PKP Total Lockdown Fasa Pertama.
“MAFI mengambil pelbagai pendekatan khususnya untuk memastikan kelancaran dan kelangsungan rantaian bekalan makanan termasuk mengurus isu lambakan, antaranya melalui pelaksanaan PST ini di lokasi-lokasi terpilih yang beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Secara keseluruhan, sebanyak 42 buah PST beroperasi setakat ini di seluruh negara dengan nilai jualan yang dicatatkan sebanyak RM18.90 juta sehingga 4 Jun 2021 yang melibatkan 348 petani dan 6,879 usahawan.
PST ini akan terus beroperasi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ini.” kata Ronald dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, setiap PST akan mempunyai lapan komoditi teras iaitu sayur, buah, ikan, ayam, daging, produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), barangan runcit dan makanan (take away).
Bagi mengurangkan pertemuan (Contact) di PST, pengguna disaran membeli barangan secara dalam talian melalui pelbagai kemudahan pembelian dalam talian telah tersedia seperti aplikasi Agrobazaar Online (ABO) serta aplikasi e-commerce lain sektor swasta yang juga menjual barangan segar dan keperluan seperti Shopee, Lazada, MyGrocer, OurFarm AirAsia, Farm2Table dan sebagainya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment