Ekonomi @ My LNA

Indeks nilai seunit eksport dan import Malaysia terus catatkan pertumbuhan positif pada April 2021 – DOSM

142
financial stock market graph illustration ,concept of business investment and stock future trading.

PUTRAJAYA 4 Jun 2021 – Dalam laporan INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI (2010=100), APRIL 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam, Indeks nilai seunit eksport dan import Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan positif pada April 2021 walaupun dalam ketidaktentuan aktiviti ekonomi, masing-masing pada 1.7% dan 0.8% bulan ke bulan.

“Indeks nilai seunit eksport mencatatkan kenaikan 1.7% pada April 2021, disumbangkan oleh pertumbuhan indeks minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+6.1%), minyak galian (+4.7%) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+0.6%). Sebaiknya, indeks volum eksport menunjukkan penurunan 1.1% pada bulan yang sama, disumbangkan oleh kejatuhan indeks bahan kimia (-12.5%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-7.2%) dan barang-barang keluaran kilang (- 6.0%). Indeks volum eksport pelarasan bermusim merekodkan pertumbuhan kecil 0.3% daripada 163.2 mata kepada 163.6 mata. Berbanding tahun sebelumnya, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum eksport masing-masing meningkat 5.8% dan 54.0%.

“Indeks nilai seunit import naik 0.8% pada April 2021 berbanding bulan sebelumnya. Kenaikan ini disumbangkan oleh pertumbuhan indeks minyak galian (+2.8%), bahan mentah tidak boleh dimakan (+2.4%) dan barang-barang keluaran kilang (+0.7%). Sementara itu, indeks volum import turut bertumbuh 4.6% pada April 2021 berbanding bulan sebelum, yang disumbangkan oleh pengembangan indeks minyak galian (+57.5%), pelbagai barang keluaran kilang (+6.4%) dan barang-barang keluaran kilang (+5.2%). Indeks volum import pelarasan bermusim pada April 2021 berkembang 2.2% daripada 162.4 mata kepada 166.0 mata. Berbanding tahun sebelumnya, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum import masing-masing bertumbuh 1.5% dan 22.6%” kata Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut melaporkan terma perdagangan Malaysia meningkat 0.9% bulan ke bulan daripada 102.8 mata kepada 103.7 mata pada April.

“Berasaskan tahun ke tahun, terma perdagangan Malaysia turut kekal positif 4.3% daripada 99.4 mata pada April tahun lalu.” kata DOSM.

Dalam pada itu DOSM menyeru semua penduduk Malaysia diseru untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan Banci Malaysia 2020 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara sehingga 30 Jun 2021, bagi memastikan tiada yang ketinggalan kerana data anda masa depan kita.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

17.65 Juta (58.7%) Profil Warganegara telah dikemaskini di Sistem PADU

PUTRAJAYA, 1 April 2024 – Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas...